Selasa, 13 April 2010

BENDERA JOHOR BERDAULAT


Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan kesultanan Johor untuk mempastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, waimah di era penjajahan.

Lantaran itu, marilah sama-sama kita hayati falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor.

Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri.

Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.

Hasil kebijaksanaan kesultanan Johor, pada 1885, United Kingdom setuju menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.

Dan sebab itulah juga kesultanan Johor ketka itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.

Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.

Lantaran itu, rakyat jelata Johor wajar berbangga dengan hakikat di atas. Mereka juga perlu menghargai kebijaksanaan kesultanan Johor yang mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan maruah bumi Johor di era penjajah.

Oleh kerana sesuatu bendera itu melambangkan perpaduan sesuatu kelompok manusia dari semua latarbelakang kehidupan di dalam sesebuah negeri atau negara, mengapakah harus ada rakyat Johor yang kurang bersemangat untuk mengibarkan bendera Johor dan bendera Malaysia menjelang sambutan kemerdekaan ke-50?

Insaflah, kalau kesultanan Johor sentiasa memelihara dan mempertahankan kedaulatan bumi Johor dan rakyat jelatanya di era penjajah, menerusi bendera Johor yang dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack, tidakkah rakyat Johor hari ini rasa terpanggil untuk terus mempertahankan kedaulatan kesulatanan dan bumi Johor mutakhir daripada sebarang ganggu-gugat oleh mana-mana pihak?

Kibarkanlah bendera Johor dengan penuh semangat dan rasa cinta, kasih dan sayang yang total kepada Johor. Kibarkanlah juga bendera Malaysia atas dorongan semangat yang sama.

Isnin, 12 April 2010

PETA JOHOR




Jumaat, 9 April 2010

DAERAH - DAERAH JOHOR

Johor terbahagi kepada 10 daerah antaranya ialah :
1. Daerah Johor Bahru
2. Daerah Kulaijaya
3. Daerah Pontian
4. Daerah Kota Tinggi
5. Daerah Kluang
6. Daerah Segamat
7. Daerah Muar
8. Daerah Batu Pahat
9. Daerah Mersing
10. Daerah Ledang

Khamis, 8 April 2010

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR

Pakaian tradisional Johor termasuklah :

  • Baju cekak musang
  • Baju Teluk Belanga
  • Kurung Johor
  • Kurung Riau
  • Belah kebaya panjang

SENARAI MENTERI BESAR JOHOR

Senarai Menteri Besar Johor adalah seperti berikut:
1. Datuk Jaafar bin Haji MuhammadDatuk Jaafar Mohamed (1886 - Jul 1920)
2. Datuk Mohamed Mahbob (Jul 1920 -1922)
3. Dato' Abdullah Jaafar (Sep 1923 - 1928)
4. Dato' Mustapha Jaafar (16 Sep 1928 - 23 Nov 1931)
5. Datuk Abdul Hamid Yusof (23 Nov 1931 - 28 Dis 1934)
6.
Ungku Abdul Aziz Abdul Majid (Apr 1935 - 1 Jun 1947)
7.
Dato' Onn Jaafar (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950)
8. Datuk Syed Abdul Kadir bin Mohamed (20 Feb 1952 - 5 Jun 1955)
9. Datuk Wan Idris bin Ibrahim (1 Okt 1955 - 16 Jun 1959)
10.
Tan Sri Hassan Yunos (27 Jun 1959 - 31 Jan 1967)
11.
Tan Sri Othman Saat (Feb 1967 - Apr 1982)
12.
Datuk Abdul Ajib bin Ahmad (29 Apr 1982 - 12 Ogos 1986)
13.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (12 Ogos 1986 - 3 Mei 1995)
14.
Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman (3 Mei 1995 - Sekarang)

Rabu, 7 April 2010

TARIAN TRADISIONAL JOHOR

- ZAPIN-
Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.

Selasa, 6 April 2010

DESTINASI PELANCONGAN DI JOHOR

AIR TERJUN KOTA TINGGI



Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak.




GUNUNG BELUMUT


Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak di kawasan Felda Ulu Dengar, Kluang. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu yang licin dan berlumut.



TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN



Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur kira-kira 250 juta tahun.


GUNUNG LEDANG

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang. Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.